PJJ & PLK UITM [Part Time Study]
Ceritanya bermula selepas aku habis tingkatan 6 atau STPM pada tahun 2018
EUWWW~~~ cliche sangat, macam nak tulis novel ughhhhhhh.. hahaahah
okay,
masa aku habis STPM aku ada buat pemohonan UPU untuk masuk universiti dan sambung degree la ceritanya,
Alhamdulilah i got into UNIMAS dalam course Bachelor of PSYCHOLOGY. walaupun diri sendiri pon tak betul hewewhew,
tapi aku tak pergi atas sebab-sebab tertentu AND BECAUSE I DON'T KNOW WHAT TO DO IN MY LIFE......so aku decide ambik gap year la..
so dipendekkan cerita aku apply uitm untuk sambung belajar part time. huhuhhuhuhu pendek sangat kan ceritanya. AND alhamdulilah dapat masuk course yang aku nak iaitu ..... jeng jeng jeng, next time, la bagi tau
sebab post kali ni nak cerita pasal apa itu PJJ & PLK DI UITM
PJJ maksudnya adalah Pengajian Jarak Jauh
manakala
PLK pula bermaksud Pengajian Luar Kampus
dan untuk pengetahuan korang kat Malaysia ni bukan UITM sahaja yang menawarkan pengajian jarak jauh tetapi ada lagi universiti awam seperti UTM and USM but itu je la yang aku tahu sebab masa buat research pasal pjj ni tak banyak pon information yang aku dapat,
kalau universiti swasta pulak, OUM je yang aku tahu heheheheh . limited sangat information yang aku tahu... sorry ye. Tapi kalau swasta mungkin mahal la. Nama pon swasta.
Pada pendapat aku, pjj ni sesuai je untuk semua orang yang masih lagi berminat untuk sambung belajar, tak kisah la sama ada yg berkerja tetap, suri rumah tangga
dan,
untuk mereka yang ada sebab tertentu untuk tak sambung degree full time,
Maybe atas faktor masa, wang dan lain-lain lagi
macam aku walaupon aku boleh belajar full time. Sebab sis muda lagi k huhuhuhuh.. i have my reason
Tapi belajar secara part time ni, lama la masa untuk graduate, macam course aku ambik masa 5 tahun woooo nak grad. Tabah je la nak ulang alik dari JB ke Shah Alam T.T
Ohhhhh ... Btw kampus untuk pjj dan plk UITM ni bukan kat Shah Alam je tau, ada je kat kampus lain macam Seremban, Johor, Sarawak dan lain-lain lagi la
Ni antara course yg di tawarkan kat UITM Shah Alam la tapi kalau nak tau lebih lanjut korang boleh je tengok kat link ni:
https://ined.uitm.edu.my/index.php/download/jadual-seminar/ijazah-epjj
Kampus kat shah alam is the main campus for PJJ & PLK jadi most course ditawarkan kat shah alam tetapi kalau kat kampus lain ada certain course je yang di offer. Jadi kalau korang nak apply boleh tengok la kat link tu.
lagi satu, intake pjj& plk ni 2 kali setahun iaitu pada bulan mac and september, but tahun ni bulan oktober maybe sebab Covid 19 kot so lambat sikit intake untuk tahun 2020. sebab masa bulan mac haritu aku ada apply dan diterima but aku tolak tawaran tu, and then aku aku apply lagi untuk intake oktober dan dapat masuk jugak Alhamdulilah.
so korang kalau apply for the first time and korang tolak tawaran tu jangan risau untuk apply lagi sebab UITM tak akan blacklist nama korang.
DAN kalau nak tau syarat kemasukan untuk pjj dan plk ni korang boleh tengok kat lamat web yang aku bagi tu,godeh-godeh la sikit sampai jumpa huhuhuuhu
Aku tak pasti apa perbezaan PLK dan PJJ sebab course yang aku dapat mod pembelajarannya ialah PLK,
but apa yang aku tahu PLK ni dia ada 5 atau 7 seminar atau kelas untuk 1 semester, apa yang aku tahu sebulan akan ada satu atau dua kelas pada hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad bergantung pada kelas la, dan bergantung pada subjek yang kita ambil dan mengikut lecturer kita.
apa yang aku tahu lagi,
dalam satu tahun ada dua semester, dan 1 sem bersamaan 4 atau 5 bulan,
i could be wrong so i will update more once aku dah start kelas.
.
atau pon maybe ada akak2 atau abang abang2 senior yang sedang membaca blog ini .heheheheheh sila la betulkan saya pada ruangan komen ye. Kerjasama anda amat dihargai. MUAHH
so kebanyakkannya kena belajar sendiri le ambil inisiatif untuk belajar dan siapkan assigment huhuhuuhuhuhu.. ye la masuk kelas berapa kali je, tak sama macam budak full time.
itu sahaja yang aku tahu setakat ni,sebab aku baru je dapat surat tawaran .kelas pon belum start lagi, daftar pon belum. hahahhahahahaha jadi apa-apa aku akan update doakan aku ye uollsss. Apa-apa sis roger-roger

Comments
Post a Comment